Saturday 8 December 2012

Rangkai Makanan & Siratan Makanan

1. Hidupan memerlukan makanan untuk terus hidup.

2. Manusia dan haiwan makan tumbuhan dan haiwan yang lain.

3. Tumbuhan hijau boleh membuat makanan sendiri.

4. Haiwan dikelaskan berdasarkan jenis makanan yang dimakan.

    a) Herbivor - Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.

    b) Karnivor - Haiwan yang memakan haiwan yang lain sahaja.

    c) Omnivor - Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan yang lain.

5. Tumbuhan hijau membuat makanan sendiri dan haiwan bergantung kepada haiwan dan   
     tumbuhan untuk makanan.


6. Hubungan makanan di antara hidupan dalam suatu habitat dipanggil rantai makanan.

7. Tumbuhan ialah pengeluar. Haiwan ialah pengguna.

8. Siratan makanan mengandungi dua atau lebih rantai makanan yang saling berkaitan.

9. Siratan makanan adalah penting kerana siratan makanan mengawal bilangan spesies hidupan yang berlainan di dalam suatu habitat.

10. Jika bilangan suatu spsies hidupan di dalam suatu habitat berkurang, kesemua haiwan lain yang bergantung pada spesies hidupan tersebut untuk makanan akan berkurang bilangannnya atau berpindah ke tempat lain.

11. Perubahan populasi sesuatu sesuatu spesies dalam suatu siratan makanan mempengaruhi populasi spesies  yang lain.





1 comment: