Tuesday 27 November 2012

iTTV Year 5 Science Chapter 2 Survival of Species (Survival of Animal (P...

Kemandirian Species Haiwan

1. Haiwan perlu membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

2. Haiwan membiak dengan cara bertelur atau melahirkan anak.

3. Untuk memastikan kemandirian spesiesnya, haiwan perlu menjaga telur dan anaknya.

4. Haiwan yang berlainan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya.

5. Cara haiwan menjaga anaknya:
   a) Memberi makan anaknya (contoh: kucing, kambing)
   b) Tinggal dalam kumpulan (contoh: gajah, kuda belang)
   c) Membawa anak bersama ( contoh: kanggaru, monyet)
   d) Menyerang musuhnya ( contoh: singa, ayam betina)

6. Cara haiwan menjaga telurnya:
a) Telur diselaputi lendir
  






 
b) Menyembunyikan telur di bawah daun









c) Menimbus telur di dalam pasir

Tuesday 20 November 2012

beneficial and harmful effects of microorganisms

Latihan Struktur



Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid yang menghidap demam campak dalam kelas 5A dari minggu pertama hingga minggu ke-4 dalam bulan Januari.

Minggu
1
2
3
4
Bilangan murid yang menghidap demam campak
1
3
5
7

a)      Apakah tujuan penyiasatan ini?
______________________________________________________________
 
b)     Berikan satu sebab (inferens) berdasarkan perubahan bilangan murid yang menghidap demam campak.

______________________________________________________________

c)      Nyatakan corak perubahan bilangan murid yang menghidap demam campak dari minggu pertama hingga minggu ke-4.

______________________________________________________________

d)     Nyatakan satu hubungan di antara minggu dengan bilangan murid yang menghidap demam campak.

______________________________________________________________


Latihan



Pilih jawapan yang betul.
1.      Antara makanan berikut, yang manakah menggunakan yis dan kacang soya?
A   Roti                                               C   Tempe
B   Antibiotik                                      D   Tapai

2.      Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan demam denggi merebak?
A   Sentuhan sacara langsung             C   Batuk
B   Bersin                                            D   Nyamuk

3.      Apakah yang perlu dilakukan untuk mencegah penyakit daripada merebak?
A   Basuh tangan sebelum menggunakan tandas
B   Mengkuarantinkan pesakit
C   Berkongsi tuala dengan orang lain.
D   Meminun air paip tanpa dimasak

4.      Antara berikut, yang manakah merupakan kesan buruk mikroorganisma?
I       Membuat antibiotuk
II      Penyakit
III     Penghasilan baja asli
IV     Merosakkan makanan
A   I dan II                                          C   II dan IV
B   II dan III                                       D   III dan IV

5.      Puan Anita sedang menyediakan makanan untuk murid miskin di kantin sekolah.
Antara langkah yang berikut, yang manakah paling berkesan untuk mencegah bacteria daripada merebak pada makanan?
A   Menggunakan pinggan kaca untuk menghidang makanan.
B   Memakai pakaian bersih
C   Memakai penutup kepala
D   Membasuh tangan sebelum menyediakan makanan

Friends or Foes

1. Ada mikroorganisma yang berbahaya dan adamikroorganisma yang berguna.

2. Kegunaan mikroorganisma:
    a) membuat roti
    b) membuat tempe,,tapai , dan kicap
    c) membuat keju, yogurt, dan susu kultur
    d) antibiotik
    e) baja asli

3.Kesan buruk mikroorganisma:
   a) Pereputan gigi
   b) Keracunan makanan
   c) Makanan menjadi rosak 
   d) Sakit atau penyakit

4. Cara-cara mencegah penyakit daripada merebak:
    a) Menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin
    b) Memasak air sebelum minum
    c) Basuh tangan sebelum menyentuh makanan atau selepas keluar dari tandas
    d) Menutup luka untuk mengelakkan jangkitan
    e) Tidak berkongsi peralatan peribadi seperti tuala,dan berus gigi dengan orang lain
    f) Kuarantinkan pesakit yang  menghidap penyakit berjangkit.