Tuesday 11 December 2012

Latihan



1.      Kelaskan haiwan-haiwan di bawah berdasarkan jenis makanan yang dimakan.

  Kuda          ayam        katak          itik         gajah          tikus          gajah          singa       cicak 




Herbivor
Omnivor
Karnivor
















2.      Rajah di bawah menunjukkan empat hidupan.

      
                                                              


a ) Tulis ‘pengeluar’ atau ‘pengguna’ bagi setiap hidupan yang ditunjukkan di atas.

i)                    Tikus =    (                              )          ii)    Pokok kelapa sawit = (                              )



iii)  Burung hantu = (                              )       iv)  Ular = (                              )



b) Bina satu rantai makanan daripada hidupan yang ditunjukkan di atas.

_____________________________________________________________________

                                      

Saturday 8 December 2012

Contoh Haiwan Berdasarkan Makanan Yang Dimakan

                                                                        Herbivor





Karnivor





Omnivor






















Rangkai Makanan & Siratan Makanan

1. Hidupan memerlukan makanan untuk terus hidup.

2. Manusia dan haiwan makan tumbuhan dan haiwan yang lain.

3. Tumbuhan hijau boleh membuat makanan sendiri.

4. Haiwan dikelaskan berdasarkan jenis makanan yang dimakan.

    a) Herbivor - Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.

    b) Karnivor - Haiwan yang memakan haiwan yang lain sahaja.

    c) Omnivor - Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan yang lain.

5. Tumbuhan hijau membuat makanan sendiri dan haiwan bergantung kepada haiwan dan   
     tumbuhan untuk makanan.


6. Hubungan makanan di antara hidupan dalam suatu habitat dipanggil rantai makanan.

7. Tumbuhan ialah pengeluar. Haiwan ialah pengguna.

8. Siratan makanan mengandungi dua atau lebih rantai makanan yang saling berkaitan.

9. Siratan makanan adalah penting kerana siratan makanan mengawal bilangan spesies hidupan yang berlainan di dalam suatu habitat.

10. Jika bilangan suatu spsies hidupan di dalam suatu habitat berkurang, kesemua haiwan lain yang bergantung pada spesies hidupan tersebut untuk makanan akan berkurang bilangannnya atau berpindah ke tempat lain.

11. Perubahan populasi sesuatu sesuatu spesies dalam suatu siratan makanan mempengaruhi populasi spesies  yang lain.





Saturday 1 December 2012

Kemandirian Spesies Tumbuhan



1.      Tumbuhan perlu memancarkan biji benih dan buah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

2.      Terdapat empat cara pencaran buah dan biji benih:

a)      Melalui haiwan
·         Ciri-ciri : Berisi, biji benih boleh dimakan, berwarna terang, berbau wangi, bercangkuk
·         Contoh buah dan biji benih: Rambutan, durian, tembikai, mangga, kemuncup

b)      Melalui angin
·         Ciri-ciri: Ringan, bersayap, berbulu, kecil, dan kering
·         Contoh buah dan biji benih: Biji meranti, biji angsana, lalang

c)      Melalui air
·         Ciri-ciri: Mempunyai ruang udara, ringan, kulit berlilin
·         Contoh buah: Kelapa, kiambang, pongpong

d)      Melalui mekanisme letupan
·         Ciri-ciri: Kering apabila masak dan meletup untuk menyebarkan biji benih
·         Contoh buah dan biji benih: Keembung, getah, bendi