Saturday, 1 December 2012

Kemandirian Spesies Tumbuhan



1.      Tumbuhan perlu memancarkan biji benih dan buah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

2.      Terdapat empat cara pencaran buah dan biji benih:

a)      Melalui haiwan
·         Ciri-ciri : Berisi, biji benih boleh dimakan, berwarna terang, berbau wangi, bercangkuk
·         Contoh buah dan biji benih: Rambutan, durian, tembikai, mangga, kemuncup

b)      Melalui angin
·         Ciri-ciri: Ringan, bersayap, berbulu, kecil, dan kering
·         Contoh buah dan biji benih: Biji meranti, biji angsana, lalang

c)      Melalui air
·         Ciri-ciri: Mempunyai ruang udara, ringan, kulit berlilin
·         Contoh buah: Kelapa, kiambang, pongpong

d)      Melalui mekanisme letupan
·         Ciri-ciri: Kering apabila masak dan meletup untuk menyebarkan biji benih
·         Contoh buah dan biji benih: Keembung, getah, bendi

3 comments: